Thursday 10 January 2013

Permohonan Mengambil 18 jam kredit

Assalam dan Selamat Sejahtera...

Permohonan untuk mengambil 18 jam kredit pada semester 8 telah saya hantar ke UUM PACE Sintok pada 20.12.2012. Surat tersebut telah diterima oleh En Masri Bin Saud dan beliau akan berbincang dahulu dengan Pengarah Pace (Dr Fairol Halim) untuk dipertimbangkan kerana sebelum ini kelulusan hanya diberikan untuk pelajar yang berada di semester 9 atau 10 sahaja. Buat masa ini belum ada pelajar yang berada di semester ke 8 yang memohon untuk tujuan tersebut. Saya telah memberi penerangan dalam surat tersebut kenapa kita perlu mengambil 18 jam kredit pada semester 8 kerana terdapat pelajar yang terikat dengan Pinjaman Boleh Ubah JPA dan untuk mendapatkan pengecualian bayaran balik yuran pengajian sebanyak 75% sekiranya pelajar layak mengikut ketetapan dan syarat yang ditetapkan oleh JPA. Saya akan maklumkan dari masa ke semasa sekiranya menerima maklumbalas dari pihak UUM PACE Sintok. Semoga permohonan kita diberi pertimbangan yang sewajarnya.

Wednesday 9 January 2013

Makluman Kelas Pertemuan Ke 4

Kelas dijadualkan pada 18,19&20 Januari 2013. Kelas tambahan DINAMIKA KUMPULAN - GMGM2043 akan diadakan pada 19.01.2013 bermula jam 8.15pm hingga 10.00++pm.

Tuesday 8 January 2013

Latest Info : Pinjaman Boleh Ubah Sesi 2012/2013

Semakan keputusan Pinjaman Boleh Ubah(PBU) Sesi 2012/2013 boleh dibuat mulai 28 Disember 2012 hingga 28 Januari 2013 di http://esilav2.jpa.gov.my/
Tahniah pada rakan2 yang berjaya mendapat tawaran Pinjaman Boleh Ubah Sesi 2012/2013.

Welcome to UUM PACE JB 2009 Session Blog

Welcome to UUM PACE JB 2009 Session.
Please introduce yourself. Example : Khairulnizam Bin Kadir. Matriks No. 201581.