Thursday 10 January 2013

Permohonan Mengambil 18 jam kredit

Assalam dan Selamat Sejahtera...

Permohonan untuk mengambil 18 jam kredit pada semester 8 telah saya hantar ke UUM PACE Sintok pada 20.12.2012. Surat tersebut telah diterima oleh En Masri Bin Saud dan beliau akan berbincang dahulu dengan Pengarah Pace (Dr Fairol Halim) untuk dipertimbangkan kerana sebelum ini kelulusan hanya diberikan untuk pelajar yang berada di semester 9 atau 10 sahaja. Buat masa ini belum ada pelajar yang berada di semester ke 8 yang memohon untuk tujuan tersebut. Saya telah memberi penerangan dalam surat tersebut kenapa kita perlu mengambil 18 jam kredit pada semester 8 kerana terdapat pelajar yang terikat dengan Pinjaman Boleh Ubah JPA dan untuk mendapatkan pengecualian bayaran balik yuran pengajian sebanyak 75% sekiranya pelajar layak mengikut ketetapan dan syarat yang ditetapkan oleh JPA. Saya akan maklumkan dari masa ke semasa sekiranya menerima maklumbalas dari pihak UUM PACE Sintok. Semoga permohonan kita diberi pertimbangan yang sewajarnya.

No comments:

Post a Comment